
Pada 17 dam 18 Oktober yang lalu, ABIM Daearah Wangsa Maju telah mengikuti Program Santai Bistari anjuran Gerakan Belia Bistari Jelatek dan Dato' Keramat (GBBJ). Program yang disertai oleh 70 orang peserta ini bertujuan untuk meluaskan jaringan serta pengalaman peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah hingga ke penuntut universiti. Para peserta telah dibawa berkunjung ke Felda Lepar Hilir, Kuantan untuk sesi makan tengahari dan beramah mesra dengan belia di sana.
Selain itu, rombongan telah dibawa melawat ke projek usahawan belia di kampung tersebut. Projek penternakan lembu dan kambing, penanaman benih cili, ukiran kayu-kayu terpakai seperti cengal dan meranti seperti yang diusahakan oleh seorang anak muda berusia 27 tahun.
Program yang singkat tetapi padat ini telah membuka mata peserta akan potensi-potensi yang ada apabila menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Program seumpama ini turut dilihat boleh memantapkan hubungan serta kerjasama bukan sahaja sesama ahli, malah agensi kerajaan seperti Jabatan Belia dan Sukan di peringkat negeri dan daerah
